Y

Hai and assalmua'laikum . Welcome to my blog .sorry klau blog sya dh bersarang , sebab lama tak dijaga . hanya akan dirawat oleh tuannya pda cuti sekolah sahaja . =D



Pantun untuk org single :3 ★

Monday, 25 November 2013 | 05:27


**** **** **** *** **** **** ****

Kucing berlari dua tiga,
Seekor sembunyi dalam kain,
Umur baru dua puluh tiga,
Mak dah bising tanya bila nak kawin.

Ikan haruan masak lemak,
Tersekat tulang di anak tekak,
Tak cukup dengan mak,
Makcik-makcik, nenek-nenek pun tanya jugak.

Kain batik kain basahan,
Terkoyak tersangkut di mata joran,
Dulu masa sekolah mak pesan,
Jangan bercinta nanti ganggu pelajaran.

Petang-petang mandi kolah,
Rambut mengerbang banyak kutu,
Bila dah habis sekolah,
Mak kelam kabut carikan menantu.

Anak kerbau mati tersepit,
Anak ikan mati di jala,
Pantang tengok lelaki baik sikit,
Mak asyik cakap 'terima je la'.

Beras ditumbuk di buat bedak,
Lesung terjatuh jari terluka,
Bukannya tak ada orang yang hendak,
Masalahnya hati dah tak terbuka.

Kaki tempang jalannya senget,
Buku lali terasa keras,
Masih teringatkan cinta monyet,
Masa umur baru empat belas.

Jolok kedondong pakai galah,
Jolokkan sekali buah kuini,
Hmm..apa nak jadi pun jadi lah.
Malas nak pening lalat pikir pasal ni.

Tengah hari tertidur lena,
Jam di dinding berdenting dua,
Kalau ada jodoh nanti tak ke mana.
Cari tak cari...ke temu jua.



New
Past
BLOG OWNER



Hye Everyone ! My name is Nazihah Tan. Just call me Nazihah. I'm 13 years old in 2013. Still studying. I love blogging so much ! I like rainbow colour. This is a short story about me. How about you ?

SHOUTBOX


CREDIT

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5